Mr left handed royalty beauty and handsome Followers

Saturday, March 12, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa melanda....

Hikayat Merong Mahawangsa Dah Balik Modal RM8 Juta?


KUALA LUMPUR, 8 MAC 2011: Selepas filem Puteri Gunung Ledang, kini filem epik, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) pula mencatat sejarah sebagai filem paling termahal yang dihasilkan dalam perkembangan industri perfileman tempatan.Apa tidaknya, kos pembikinannya dianggarkan mencecah sehingga RM8 juta. Satu jumlah yang bukannya sedikit.

Melihat pada jumlah yang sebesar ini, pasti ramai tidak percaya bahawa filem terbitan KRU Studios ini sudah menerima pulangan modal meskipun ianya masih belum pun lagi ditayangkan di mana-mana pawagam.
Namun, itulah hakitanya dan perkara ini telahdiakui sendiri oleh Pengarah Urusannya, Norman Abdul Halim dalam sidang media selepas berakhirnya tayangan prebiu HMM di Cathay Cineplex e@Curve, Damansara, malam semalam.

"Berdasarkan mutu penerbitan yang ditunjukan dalam filem ini, ramai yang tidak percaya ianya hanya menelan belanja sebanyak RM8 juta. Ini kerana kami berjaya melakukan penjimatan kos melalui penggunaan teknologi CGI (computer-generated imagery).
"Dengan adanya teknik CGI, kami hanya perlukan mewujudkan props dan set utama sahaja seperti empat bual kapal, perkampungan Melayu pada kurun ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran Istana di Rom, China dan juga pelabuhan Gia di India.

"Tapi mungkin, ramai yang kurang percaya sebenarnya kami sudah pun peroleh modal pembikinan filem ini. Alhamdulilah, semuanya melalui cara pemasaran kami semasa mula-mula merancang pemibikinan filem ini lagi.
"Itu pun setelah kami berjaya berjaya mengusahakan startegi pengedaran filem ini ke peringkat antarabangsa dengan kerjasama Epic Pictures yang berpusat di Beverly Hills, Amerika Syarikat.

"Insya Allah pada 15 Mac ini kami akan mula mengedarkan filem ini ke 72 negara yang sudah menempah untuk mengedarkannya di tempat masing-masing. Antara pengedar filem yang berminat itu termasuklah dari United Kingdom, Jerman, Rusia, Perancis dan negara-negara Timur Tengah," katanya.
Di samping adegan-adegan CGI yang nampak benar-benar hidup, HMM juga turut menggunakan 15 pelakon aksi lagak ngeri yang didatangkan dari Hong Kong.

Tambah Norman lagi, kejayaan pembikinan filemnya mungkin tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) melalui dana e-content.
Selain MOSTI, filem HMM juga telah mendapat sokongan dan tajaan dari syarikat komunikasi CELCOM, Malaysian Philharmonic Orchestra dan Kerajaan Terengganu sendiri.

Sementara itu, pengarah filem HMM, Yusry Abdul Halim pula memberitahu, dia mengalami banyak kesukaran dalam menghasilkan filem pertama termahal terbitan KRU Studios ini.
"Cabaran saya adalah pada masa dan saya serta team produksi perlu mengambil tempoh selama 2 setengah tahun untuk menyiapkan keseluruhan filem ini. Apa tidaknya, kami bukan saja terpaksa melakukan pelbagai research mengenai sejarah cerita ini tetapi juga membuat rombakan skrip sebanyak 17 kali supaya ianya nampak moden tetapi tak lari dari naskhah asal.

"Selain itu, ini pertama kali juga saya mengarahkan 500 orang pelakon dalam satu masa. Bukan mudah untuk saya melakukannya. Segalanya perlu berjalan seperti apa yang dirancang. Tapi, kadang-kadang tak mudah mengawal keadaan. Lebih-lebih lagi, kalau berhadapan dengan cuacam ribut dan hujan yang teruk sewaktu hati penggambaran.
" Jadi berlakulah kapal pecah, set roboh dan sebagainya. Banyaklah benda buruk yang berlaku. Tapi, Alhamdulilah ianya tidaklah seteruk mana dan kami sentiasa bersabar serta berjaya mengendalikannya dengan baik," jelas Yusry.

HMM telah menjalani pengambaran selama dua bulan di sekitar negeri Terengganu serta di beberapa lokasi yang lain seperti Kuantan, Pahang dan Kuala Lumpur.
Filem hebat itu telah dibintangi oleh barisan pelakon ari dalam dan luar negara seperti Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenthouse (UK) dan serta pelakon-pelakon tempatan seperti Dato Rahim Razali, Wan Hanfi Su, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Deborah dan ramai lagi.
Filem epik yang penuh aksi dari watak-watak mitos ini mengisahkan seorang nahkoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. Bakal berada di pawagam seluruh Malaysia pada 10 Mac 2011.                                                          <sumber : murai.com>

Jom ramai-ramai kita menyaksikannya di pawagam terdekat... (^_^)v

2 comments: